Monday, April 21, 2008

artikel marketing

Siapa Yang Sesuai Untuk Anda Emel

Penggunaan e-mail bukan boleh digunakan untuk semua peringkat walaupun ia adalah alat pemasaran yang fleksibel.

Anda kena pilih dalam bentuk demografi yang dikira bertepatan dengan kempen anda.

Ini adalah pendapat saya tentang demografi yang perlu diberi perhatian.Jika salah anda boleh lah beri pendapat diruang komen nanti.Kita sama-sama bincang.

1. Senior citizen.Saya berpendapat mereka adalah golongan yang paling kurang menggunakan emel.Oleh itu kempen menjual barangan tidak sesuai dilakukan dengan cara emel .Perlu cari taktik yang lain.
2. Baby boomer.Iaitu yang berumur dalam lingkungan 45 hingga 55 tahun. Pada saya mereka banyak menggunakan e-commerce.Pemasaran e-mail sesuai untuk mereka.
3. 13 tahun kebawah. Emel tidak sesuai kerana mereka perlukan ‘lesen’ dari ibubapa mereka untuk menggunakan emel dan mereka sering ‘difilter’ oleh ibubapa.
4. Remaja dewasa (18 hingga 21 tahun) memang banyak menggunakan email dalam perhubungan tetapi ramai juga yang suka kan SMS.
5. 30 hingga 35 tahun.Golongan ini suka menggunakan emel dan autoresponder.Jadi tak menjadi hal bagi mereka jika mendapat khabar melalui emel.Mereka adalah golongan yang suka mengumpul koleksi ilmu pengetahuan dalam bentuk ebook.

Di harap anda mendapat panduan untuk menjalankan kempen pemasaran melalui emel.Selagi tak cuba kita tak akan merasa.